Bencana Jika Abaikan Kehangatan Seksual

Bencana Jika Abaikan Kehangatan Seksual

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Seorang isteri yang normal dan sihat pasti mengharapkan suami pandai memuaskan nafsu syahwatnya, begitu pula suami. Betulkah kebahagiaan setiap pasangan bergantung kepada kualiti kepanasan di atas ranjang? Tentu saja ya! Kerana pemuasan nafsu syahwat melahirkan ketenangan jiwa bagi suami dan isteri. Ia adalah suatu keperluan asas bagi setiap pasangan. Sesiapa yang tidak mementingkan perkara ini, maka dia terdedah kepada bahaya kehancuran rumahtangga.

Saidina Umar al-Khattab Radiallahu ’anhu pernah mendengar keluhan seorang wanita di tengah malam yang merintih sambil menangis merindui suaminya yang bertugas sebagai tentera Islam di wilayah perbatasan negara. Wanita itu berkata seorang diri: ”Jika hamba tidak takutkan-Mu ya Allah, ranjang ini pasti akan bergoyang.”

Selepas peristiwa itu Khalifah memutuskan agar para tentera yang bertugas jauh dari keluarganya diarahkan pulang ketika itu juga dan digantikan tugas mereka itu oleh tentera yang baru secara bergilir. Sesunguhnya Umar RA melihat peristiwa itu sebagai ancaman rumahtangga yang seterusnya boleh membawa kepada kehancuran umat.

Biasanya isteri cepat naik angin bila kurang sentuhan suami, namun mereka kurang peka tentang keperluan rangsangan yang harus diberi kepada suami. Sebenarnya seorang isteri tidak selamanya harus menerima sahaja dan menunggu suami ’buat’, bahkan dia seharusnya turut berperanan menghangatkan keadaan. Menurut kajian, suami dan isteri yang gembira, saling bernafsu dan puas dalam hubungan seks akan menghasilkan janin yang sihat dan cerdas berbanding dengan mereka yang melakukannya setengah hati sahaja.

Ada pula suami yang enggan memenuhi tanggungjawab seks disebabkan sakit. Isteri cukup merana menghadapi keadaan sedemikian dan suami tidak boleh menahan hajat isteri untuk menceraikannya dengan cara baik. Tetapi ini pula cerita suami yang mahu menyiksa isterinya dengan cara membiarkannya tanpa disentuh. Dengan alasan mengalami stress akibat tekanan kerja dan persekitaran. Sesungguhnya suami sebegini telah melanggar perintah Allah SWT supaya memberi nafkah seks kepada isterinya. Punca perilaku suami yang tidak bertanggungjawab ini mesti diteliti. Kebanyakan mereka mempunyai alasan untuk menjauhkan diri dari isteri. Seeloknya sang isteri pula muhasabah diri, apakah sebenarnya punca masalah mereka?

1. Imej dan disiplin isteri.
Pernahkan anda melihat di manakah perbezaan antara orang gaji dan seorang surirumah. Jika anda tidak menyerupai penampilan orang gaji anda maka anda telah berjaya merangsang mata dan hati suami. Orang lelaki berbangsa Melayu jarang yang berterus terang kepada isteri dalam soal penampilan. Isteri naik berat badan dia tak kisah, tak berbedak pun tak kisah, asalkan berbudi bahasa. Kerana kita diajar untuk menjaga hati orang lain dengan cara menyembunyikan kebenaran, jangan bising dan tak payah nak gaduh-gaduh, baik diam jangan berterus terang. Kebiasaan tidak mahu berterus terang akhirnya menyebabkan isteri tidak berdisiplin dalam melayan suami. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti mahupun kuantiti hubungan seksual di antara mereka. Kalau dah berserabut dan bersepah di sana sini, mana ada mood nak bermesra?

2. Pengalaman seks menyebabkan suami tertekan.

Suami cepat sampai daripada isteri, masalah ini perlu dibincangkan dengan keikhlasan kedua pasangan. Seelok-eloknya isteri pandai memujuk suami supaya tidak timbul salah faham dan kebencian di antara mereka. Suami pula harus berbesar hati dan berani menghadapi kenyataan. Isteri perlu menyediakan pemakanan yang berkhasiat, mengajak suami melakukan aktiviti kecergasan badan dan mungkin pergi berjumpa doktor bersama suami jika dirasakan perlu. Isteri juga sentiasa memberikan dorongan dan sokongan agar suami cepat pulih, bukan mendiamkan diri seraya memendam perasaan yang berakhir dengan perbuatan maksiat.

Adakalanya masalah pula datang dari pihak isteri apabila suami rasa tidak selesa kerana kurang rasa cengkaman dan otot-otot vagina yang telah kendur. Keputihan dan bau kurang sedap juga amat mengganggu. Senaman dan ubat-ubatan diperlukan untuk memastikan anda bebas dari masalah gangguan ketika bersama suami.

3. Honeymoon kali kedua.
Sediakanlah masa untuk anda dan suami bersama. Duduk berdua menikmati keindahan alam, pergi bersiar-siar sambil membincangkan masa depan bersama-sama. Saling bertukar-tukar idea dan pandangan tentang kelebihan dan kelemahan masing-masing. Yang paling penting merasai kehangatan hubungan seksual tanpa gangguan dan paksaan. Apabila ada masalah dengan suami, pastikanlah langkah-langkah yang diambil tidak memudaratkan rumahtangga anda, apatah lagi anak-anak. Untuk itu anda memerlukan tempat dan waktu yang sesuai bersama suami, hanya berdua. Iklim perkahwinan tak selamanya hangat tetapi usaha untuk mengekalkan kehangatan itu seharusnya menjadi prioriti yang mesti difikirkan bersama.

Sumber : Drjuanda.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Bencana Jika Abaikan Kehangatan Seksual”

  1. alang says:

    1. Assalamualaikum ,
    Apabila saya membaca segala permasalahan yang melanda, saya sangat bersimpati kerana rata-rata yang mengadu usia perkahwinan hanya setahun jagung membuatkan saya jadi malu dengan diri sendiri kerana saya sedar bertapa beruntungnya saya selama ini apabila dilayan suami dengan baik dalam hal nafkah batin. Usia perkahwinan saya telah mencecah 13 tahun.
    Walaupun begitu segala-galanya berubah bermula awal tahun ini. Suami seperti sudah tidak berminat lagi untuk membuat hubungan dengan saya. Kadang-kadang saya terfikir mungkin kerana keadaan fizikal saya yang sudah kurang menarik di matanya (walaupun rakan-rakan di ofis mengatakan saya nampak jauh lebih mudah dari umur sebenar dan susuk tubuh yang ideal) atau mungkin keadaan rumah tangga yang kadang-kadang tidak terurus dalam kesibukan kerja dan anak-anak yang sedang membesar.
    Apapun, saya dapat merasakan perubahan suami yang semakin ketara sejak kebelakang ini. Dia lebih suka menghabiskan masanya dengan kawan-kawannya diluar membuat aktiviti-aktiviti lain. Jika berkesempatan dia pasti mahu meluangkan masanya dengan kawan-kawannya. Kalau di rumah berchat bersama rakan2nya melalui whatapps phone. Saya tidak kata ini salah cuma saya jadi redha.
    Selain dari hubungan kelamin yang hambar, dia masih melayan saya dengan baik walaupun begitu sebagai seorang wanita hati ini meronta untuk dibelai. Kadang-kadang dia kata dia penat, tapi yang saya hairan dia boleh melayan handphonenya sampai lewat malam setiap hari tapi bila diminta untuk bersama dia menolak dgn alasan penat dan mengantuk. Dia masih mahu dibelai dan dipeluk tetapi tetap dengan alasan penat dan mengantuk. Saya amat tersinggung dengan sikapnya itu.

    Buat pengetahuan, suami berpoligami ujung tahun 2012 dan saya isteri pertama yang bersetuju dan redha dengan perkahwin tersebut kerana anak-anak dan kasihan kan ibu mertua, jauh dia sudut hati saya tidak rela. Kerana saya tahu beliau tidak mampu nafkah zahir tetapi fitrah manusia perkara yang dia larang itu adalah perkara yang sangat2 dia ingini. Akan tetapi tanpa disangka rupanya beliau juga tidak mampu memberi nafkah batin. (saya tidak pernah bertanya beliau mengenai hubungan batin dengan isteri kedua samada sama seperti saya atau sebaliknya). Sejak berpoligami hanya 2 kali hubungan kami iaitu pada bulan Mac dan ia tidak lagi berlaku sehingga kini. Saya pun tidak pernah bersemuka dengan madu saya, kami tidak berbaik walaupun berkongsi suami kerana bagi saya dia perempuan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu beralah, saya pernah menghubungi dia tetapi sikap dia yang sombong masih tetap ingin bersama suami, mereka berhubungan pada tahun 2003 dan baru berkahwin pada Dec 2012. Ya, suami menduakan saya. Tetapi itu tidak saya ambil peduli bagi saya jika suami melangkah masuk ke rumah saya bererti beliau adalah suami saya yang perlu saya berkhidmat untuk beliau tetapi jika dia melangkah keluar dari rumah ia sebaliknya.
    Saya cuba berbincang untuk memahami keadaannya, jawapan yang diberikan beliau, mungkin dia sedang melalui fasa yang dia tidak mempunyai keinginan untuk bersama saya yang dia rasakan hanyalah bersikap sementara kerana faktor umur yang hampir mencecah 40 tahun, kerana kesibukan tekanan kerja dan tanggngjawap berpoligami. Hati saya sangat terguris. Allah menjadi teman mengadu, saya terus mendekatkan diri dengan Allah, kerana saya yakin itu sahaja ubat menghilangkan kepedihan di hati dan cuba untuk redha, cuma hati ini masih terus terguris dan air mata ini semakin sering mengalir. Ya, saya tetap bersabar walaupn nafkah zahir tidak mencukupi seperti yang di perintah mahkamah ini kan pula ketiadaan nafkah batin. Kadang2 saya salahkan diri sendiri kerana berkira dengan perkara sekecil ini sedangkan suami saya masih baik dengan saya dan anak2 mungkin kerana beliau telah sedar kerana mengguris perasaan saya dan anak-anak akibat perkahwinan kedua beliau.
    Untuk tidak buat suami merasa lebih stress kerana dia sedar akan kesilapan lalu dan kekurangan di situ, saya cuba bersabar dan berdoa walaupun hakikatnya saya sendiri masih cuba meyakinkan diri ini kerana keinginan batin saya tidak dipenuhi. Cuma saya tidak tahu berapa lama ini boleh bertahan dan adakah ia sihat untuk rumah tangga saya, kerana saya tahu bertahan sahaja dalam rumah tangga bukanlah jalan yang terbaik. Wallahualam.
    Tolonglah, apa yang perlu saya lakukan?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: buy backlinks | Thanks to webdesign berlin, House Plans and voucher codes