Hukum Air Liur Basi
Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari Saudara Hadi melalui email the_yakuzz@… Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:
———————————
Soalan:
Assalamualaikum,
Telah diketahui status air basi adalah najis, jadi soalan saya apakah harus kita setiap kali bangun perlu kita periksa di cermin samada air liur basi ada di sekeliling mulut kita atau tidak kerana kerana khuatir ia akan mencemarkan tempat2 yang lain jika kita tidak segera mencuci nya. Lagi apakah amalan orang tua2 yg menggalakkan minum air masak apabila bangkit sahaja daripada tidur dianggap sebagai menelan najis sekali jika terdapat air liur basi di mulut sebaik sahaja bangkit dari tidur.
Terima kasih
Jawapan:
Air Liur Basi yang keluar ketika seseorang tidur tidak dikira sebagai najis berdasarkan pandangan sebahagian ulama. Hal ini demikian kerana hukum asal bagi sesuatu yang keluar dari anak Adam adalah tidak najis melainkan jika terdapat dalil yang menunjukkan sebaliknya berdasarkan hadis Nabi SAW:
إن المؤمن لا ينجس
Mafhumnya: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidak najis.” (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya).
Adapun seperti air kencing, tahi manusia dan darah yang tumpah, ia adalah najis berdasarkan beberapa dalil yang menunjukkannya.
Oleh yang demikian sesuatu yang keluar dari tubuh manusia yang tiada dalil menunjukkan kenajisannya seperti air liur, peluh, tahi mata, hingus, kahak dan seumpamanya adalah dikira tidak najis, kerana inilah hukum asalnya.
Kerana itu di dalam kitab al-Raudh al-Murbi’ dari mazhab Hambali dinyatakan:
ومني الآدمي طاهر، ورطوبة فرج المرأة كالعرق والمخاط والبلغم -ولو أزرق- وما سال من الفم وقت النوم
Maksudnya: “Dan air mani manusia adalah suci, demikian juga lembapan faraj wanita, sama juga seperti peluh, hingus dan kahak –sekalipun menjadi biru – dan apa yang mengalir dari mulut (air liur basi) ketika tidur (semuanya adalah tidak najis).”
al-Imam Abu Ishak Burhan al-Din bin Muhammad bin ‘Abdullah al-Hambali berkata di dalam al-Mubdi’ fi Syarh al-Muqni’:
وما سال من الفم وقت النوم طاهر في ظاهر كلامهم
Maksudnya: “Dan apa yang mengalir dari mulut sewaktu tidur adalah suci berdasarkan zahir perkataan mereka (beberapa ulama mazhab Hambali).”
Namun begitu terdapat beberapa ulama yang berpandangan cecair yang keluar dari perut adalah najis. Oleh yang demikian mereka berpandangan air liur basi yang keluar dari perut dihukumkan sebagai najis. Al-Imam al-Nawawi dari mazhab al-Syafie di dalam kitabnya yang masyhur al-Majmuk menyebut pandangan al-Syeikh Abu Muhammad al-Juwainiy di dalam kitabnya al-Tabsirah fi al-Waswasah yang menyatakan:
ما يسيل من اللهواتفهو طاهر ومنه ما يسيل من المعدة فهو نجس بالاجماع وطريق التمييز منها ان يراعي عادته فان كانيسيل من فمه في أوائل نومه بلل وينقطع حتي إذا طال زمان النوم انقطع ذلك البلل وجفت شفته ونشفت الوسادة فالظاهر انه من الفم لا من المعدة وان طال زمان النوم وأحس مع ذلك بالبلل فالظاهر أنه من المعدة وإذا اشكل فلم يعرفه فالاحتياط غسله هذا كلام الشيخ أبي محمد
Maksudnya: “Apa yang keluar dari (dari mulut manusia) yang terdiri dari perkara-perkara yang keluar tanpa tujuan ia adalah suci, dan apa yang keluar dari perut ia adalah najis dengan ijmak. Jalan membezakannya (sama ada keluar dari mulut atau perut) iaitulah dengan meraikan kebiasaan, sekiranya cecair itu keluar dari mulut pada permulaan tidur kemudian terhenti titisannya, sekalipun tidur itu berterusan dalam tempoh yang lama dan cecair itu terhenti, sehingga kering bibir dan bantalnya, maka yang zahir ia menunjukkan air liur basi itu keluar dari mulut bukan dari perut. Sebaliknya jika panjang masa tidur dan disertai dengan rasa basah (air liur basi yang keluar), maka yang zahirnya ia keluar dari perut. Namun sekiranya menimbulkan kesamaran, maka sebagai langkah berhati-hati bolehlah membasuhnya, inilah perkataan al-Syeikh Abu Muhammad.”
Al-Imam al-Nawawi RH selepas menukilkan perkataan al-Syeikh Abu Muhammad ini, beliau menyebut:
وسألت انا عدولا من الاطباء فانكروا كونه من المعدة وانكروا على من أوجب غسله والمختار لا يجب غسله الا إذا عرف انه من المعدة ومتى شك فلا يجب غسله لكن يستحب احتياطا وحيث حكمنا بنجاسته وعمت بلوى انسان به وكثر في حقه فالظاهر أنه يعفى عنه في حقه ويلتحق بدم البراغيث وسلس البول والاستحاضة ونحوها مما عفى عنه للمشقة والله اعلم
Maksudnya: “Saya sendiri telah bertanya dengan beberapa doktor perubatan yang adil, maka mereka menafikan adanya air liur basi keluar dari perut, dan mereka juga menolak sesiapa yang mewajibkan membasuhnya (air liur basi), dan pandangan yang terpilih ialah tidak wajib membasuh air liur basi yang keluar melainkan jika telah dipastikan ia keluar dari perut, apabila ragu, maka tidak wajib membasuhnya, akan tetapi ia hanya sunat sebagai langkah berhati-hati, sekiranya jika kita hukumkan ia sebagai najis, tetapi ia ia termasuk di dalam perkara Umum al-Balwa (yang tersebar, kerap berlaku dan sukar dihindarkan), maka yang zahir ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan sepertimana darah serangga, Salis al-Baul, al-Istihadhah dan seumpamanya yang termasuk dalam perkara yang dimaafkan kerana akan menimbulkan kesukaran. Wallahu a’lam.”
Wallahu a’lam.
Sumber :- http://mufti.perlis.gov.my


July 17th, 2011
admin 
Posted in
Tags:
Assalamualaikum,.
Saya serta keluarga sering bercuti ke luar negera, kami amat menitik beratkan soal makan dan minum yang halal.
Oleh kerana itu setiap kali saya ke luar negara saya akan membawa makanan halal (contohnya produk Brahim. ikan bilis, sardin dsbgnya)Selain dari itu juga saya juga akan membawa periuk belanga sendiri serta peralatan memasak yang agak lengkap sehinggalah kepada span mencuci pinggan.
Namun begitu saya mendengar satu pandangan seorang bahawa saya boleh menggunakan peralatan dapur/pinggan mangkuk yang disediakan di apartmen yang disewa sekiranya saya tidak nampak makanan haram di atasnya(sudah tentu tidak nampak kerana ianya bersih)Ada juga yang mecadangkan saya mem,bawa sabun Taharah yang digunakan untuk menyamak peralatan dapur.Suami saya tidak bersetuju kerana kita sudah mengetahui dengan terang dan jelas bawawa peralatan tersebut suadah pasti pernah digunakan dengan makanan tidak halal seperti khinzir/ayam tidak sembelih/minuman alkohol, bukan dalam keadaan TIDAK SENGAJA misalnya ada anjing masuk dan duduk di kerusi halaman kita.Itu kita akan samak dan gunakan kerusi itu semula.
Apa pandanagn ustaz dengan perkara ini, kami langsung tidak makan di restoran di luar negeri hatta restoran vegetarian sekalipun,kerana musykil kerana mereka menghidangkan wain yang pastinya gelas/span mencuci digunakan bersama dengan pinggan mangkuk.
Ada rakan yang tidak bersetuju dan mengatakan saya terlampau menyempitkan atau membuat hukum sendiri sedangkan Islam itu mudah dan tidak menyusahkan hambaNya.Ramai rakan yang bercuti di luar negera yang tanpa ragu makan di restoran , mereka akan makan makanan seperti ikan seafood dan sebagainya (asal halal dari segi fizikal)Perkara ini tak mungkin saya lakukan.Kerana itu kami tidak akan bercuti bersama mereka yang mempunyai kadar toleransi yang berbeza tentang soal halal ini.
Saya pohon pandangan ustaz dari segi
1 Penggunaan peralatan dapur
2. Soal halalan toyyiban.
terima kasih.
Saya adalah isteri ketiga dimana saya ada kemusykilan tentang hukum pernikahan suami saya dgn isteri keduanya……. Sebelum beliau bernikah dgn saya isteri keduanya telah meninggalkn suaminya pulang kekampung asalnya diSabah. Jadi dgn alasan itu saya bersetuju utk bernikah dgn beliau dan dgn alasan yg lebih kukuh lagi tidak mungkin suami saya akan kembali dgn isteri keduanya……sbb suami saya rasa dirinya ditipu. Semasa pendaftaran permohonan nikah isteri kedua beliau telah mengunakan i/c kakak beliau kerana ketika itu isterinya tidak mempunyai i/c jadi semasa akad nikah sudah pastilah juru nikah merujuk kepada borang permohonan nikah tersebut. Adakah sah hubungan suami isteri itu kerana kemusykilan saya nama sebenar lain waktu akad nikah lain waktu matinya nanti semasa bacaan talkin nak diseru dgn nama apa? Saya kasihan dgn suami saya yg telah berusia 60 tahun pernah mengeluh mungkin dgn hubungannya yg tidak berapa jelas sbb dia sendiri tak tahu apa hukumnya……… hidupnya sering menghadapi perbagai musibah. Duit dicari tak cukup2 tidak adil kepada isteri ketiga tidak sediakan tempat tinggal makan minum dan pakaian.
Assalammualaikum S.S Dr Juanda Jaya,
Saya Azizan Ramli dan sekarang sedang mengikuti program PhD di UKM..email saya ini lebih bersifat peribadi. Dengan kepakaran yg ada pada Dr Juanda, saya amat yakin akan mendapat sedikit input yg berguna
Buat pengetahuan Dr Juanda, pendidikan saya bukan berlatar belakangkan bidang agama sebaliknya kejuruteraan dan juga pengurusan. Oleh kerana itu, huraian dan keterangan dari nas Al-Quran, Hadis, atau ulama yg diperakui kewarakan dan kepakarannya diluar daripada bidang ilmu saya.
Saya sedang menyiapkan penyelidikan PhD saya berkaitan dgn industri halal. Saya ingin mendapatkan sedikit huraian bagi memperjelaskan maksud “halalan-toyyiba” (“toyyib” khususnya) dari penafsiran yg lebih luas, bukan sekadar khusus kpd makanan dan minuman sahaja. Saya cuba mengaitkan “toyyib” itu dgn kepentingan berkisar kpd alam sekitar dan keselamatan. Mungkin agak janggal tetapi saya yakin, penghasilan produk atau berkhidmatan yg menepati syariat tidak boleh dipisahkan dgn bermasalahan berkaitan alam sekitar dan keselamatan manusia yg mungkin datang dari aktiviti pemprosesan atau penghasilannya..Input ini amat penting bagi mengukuhkan sebahagian literature saya..harap Dr Juanda dapat membantu
Pandangan dan pendapat Dr Juanda amat saya hargai.
Sekian
019-9881726