Isteri degil tanda suami gagal

Isteri degil tanda suami gagal

Akhir-akhir ini, Razali dipeningkan oleh lagak isterinya yang mula berubah. Semakin hari semakin degil, membangkang dan melawan saja tingkahnya. Apakah kerana si isteri telah mengalami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhi emosinya. Apalagi jika terlalu kerap ditinggal out station dan mulalah isteri bergaul dengan member-member bermasalah maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini. Razali mula tak sabar dengan kegilaan baru isterinya membeli belah dan berhutang along demi mengikut trend. Jika dinasihat melenting tak pasal-pasal, anak-anak ditinggal hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru kononnya.

Razali mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang prihatin. Tetapi, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawab ke atas pasangan. Rasa bertanggungjawab ke atas pasangan ini amat penting untuk memastikan keduanya berjalan sama langkah kearah yang satu.

Tanggungjawab bermakna kita mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi satu sama lain.

Bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik bawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja sampai tak ingat macam mana nak berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun suka sangat menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tak puas hati, suami asyik nak mengata dia salah saja, suami benar selama-lamanya.

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jangankan bercakap lembut, mata suami pun tak sempat lagi memandang isteri tapi suaranya yang tak puas hati sudahpun memenuhi atmosfera rumah mereka. Kalau ada hajat barulah isteri disentuh-sentuh, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang dilakukan asal jalan saja, tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mengata isteri degil dan suka melawan. Tapi tak pernah suami mencari punca-puncanya. Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mengapa masa amat mencemburui mereka? Sibuk ke sana ke mari hingga tak tersentuh insan yang paling berharga dalam hidup kita. Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam Al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihat isteri sebelum memulaukan atau memukul tanpa memcederakan.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa ayat: 34 yang bermaksud; “Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu maka janganlah mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka.”

Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling mustahak adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Jika masa berbual pun terhad bahkan tiada macam mana anda boleh dikatakan telah menunaikan tanggungjawab menasihati isteri? Belum berjaya menasihat dah tak sabar terus memaki isteri, hati siapa boleh terima hinaan?

Sebenarnya tak susah mencairkan hati isteri, berbincanglah dan berbual panjang-panjang, dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran yang negatif, bahkan diri anda pun tiada beza. Jadi kenalah bersabar jika mahu meluruskan tulang belakang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi tidak boleh anda biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Anda disuruh menjaganya bukan mempergunakannya sesuka hati. Dah habis diguna jika rosak buang ke tong sampah, dituduh tak sempurna, tak bermanfaat, tak membawa untung. Dia adalah amanah Allah, yang akan disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri sesuai dengan suruhan Allah dan Rasul-Nya.

Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud: “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukanlah salat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda mengenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri. Bukan hanya salat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Isteri degil tanda suami gagal”

  1. shimah says:

    suami boleh kata isteri degil,tak dengar kata,kurang ajar,tak hormat orang tua,pernah tak seorang suami bertanya kenapa seorang isteri itu berperagai sebegitu?tidak semua suami faham kelakuan isteri jadi bergitu,cuba suami tanya pd isteri dgn hati yg iklas misti isteri dapat gelas kan satu persatu kenapa isteri jadi bergitu………………

  2. Encik MaiL says:

    Merujuk kpd pernyataan Cik/pn Shimah..

    Bagaimana kalau si suami dah dapat penjelasan yg sebenarnya dari isteri..tetapi penjelasan atau luahan hatinya itu langsung tidak menepati piawaian akhlak mengikut kaedah moral dah kaedah syarak..tetapi isteri masih juga merasakan dirinya tidak bersalah.??

    Lalu bagaimana suami nak meletakan taraf atau hukuman yg sesuai dgn isteri yang berperangai begini??

    kemungkinan ada suami yang tidak pernah memberi ruang kepada isterinya bertanya atau menjelaskan suatu kekusutan..

    dan berapa ramai lagi suami yg sudah memberikan berbagai ruang demokrasi kepada isteri..namun tetap gagal.

  3. Yan says:

    Salam semua,
    Sy berpendapat sekiranya suami telah mendapat penjelasan dari isteri, tetapi isteri masih lagi berkelakuan yang sama atau tidak berubah, suami kena sabar.
    Cuba selami hati dan jiwa isteri sedalam-dalamnya dengan penuh kelembutan dan romantis. Kebiasaannya wanita akan tunduk dan sedar kekurangannya. Cuba minta isteri senaraikan 10 kelebihan dan 10 kekurangan suami. Kemudian giliran suami pula senaraikan 10 kelebihan dan 10 kekurangan isteri. So, suami dan isteri boleh nampak kelemahan mereka.

    Secara tidak langsung, suami dan isteri menyedari kesilapan mereka. Inilah peluang untuk suami atau isteri berubah ke arah kebaikan.

  4. me says:

    setuju..dua2 pihak perlu belajar utk memberi dan menerima..

  5. no love says:

    Sy da berkhwin sthun 4blan dan tlah mmpunyai seorang anak…sy sering berkecil hati dgn sikap suami…dia bwat sy sperti bkan sesiapa pda dia…..dia slalu memperkecilkan sy…kadang2 klau sy bertanyakan dia sesuatu dia tak mnjawab dia bwat2 tak dgr wlaupun dhdapan emaknye shingga sy malu sendiri…kdang2 klau kami sdang berdua pun sya cuba nk berceritakan sesuatudgn dia mcm suami isteri yg lain..nmun dia bwat2 xdengar seolah sy ni dia xknal…sy merasakan kerdilnya dri ni bila dperlakukan mcm tu……sy mgkin trgolong dlm org bkn org yg pndai tp dia ape kurangnye…..dlm hal xwujud ni xwujud org ketiga melainkan mertua sy…..mertua sy baik orgnye tp dia suka control semua hdup suami sy hggakan hidup sy pun dia nk cmpur….dlm segala halyg berlaku antara sy dgn mertua atau dgn sesape pun dianmpak sy yg slah….seolah dia membenci sy….setiap kali diajak berbincang pasti berakhir dgn pergaduhan

  6. red colour says:

    Skit ati dgn suamiku benci pun ade

  7. zara says:

    betul tu, saya sokong. ape pun bergantung kepada suami ……..silap step boleh nampak kesan pada isteri dan anak. mungkin ramai terus menyalahkan isteri tetapi bila di selami dihayati something wrong with her husband sebenarnyer.Then, baru kita terfikir, that’s why isteri dia …… anak dia ……

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: buy backlinks | Thanks to webdesign berlin, House Plans and voucher codes