Juanda mahu fatwa nasab dikaji semula
26 Mei 2012
KANGAR – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji semula fatwa yang melarang anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan dinasab (dibin) kepada bapanya.
Beliau berkata, fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan itu yang menjadi sandaran kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam pengeluaran sijil lahir telah menimbulkan pelbagai masalah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini selepas menerima kunjungan seorang agen hartanah yang mendakwa JPN enggan menasab anak sulungnya kepadanya dengan alasan kelahiran itu kurang enam bulan daripada tarikh perkahwinan, berkata kes seumpama itu sering ditemuinya.
“Ini merugikan masa depan anak-anak itu sendiri dan mereka akan menghadapi tekanan apabila dewasa kelak,” katanya.
Juanda berkata, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah mengeluarkan fatwa pada 2009 bahawa anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan boleh dinasab kepada bapanya.
Sementara itu, ejen hartanah berusia 27 tahun itu berkata, JPN Perlis menolak surat Jabatan Mufti Perlis semasa urusan pendaftaran anak lelakinya yang berusia 42 hari itu.
Pengarah JPN Perlis Bakhtiar Effendy Khalid berkata, pihaknya hanya mematuhi peraturan yang diguna pakai di seluruh negara berasaskan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. – Bernama
Sumber :- http://www.sinarharian.com.my


May 26th, 2012
admin 
Posted in
Tags:
assalammualaikum ustaz,sy hrp sgt2 majlis fatwa kebangsaan setuju dgn pendapat ustaz ttg isu nasab ini.semoga Allah merberkati dan merahmati hidup ustaz sekeluarga…
Boleh kah hal berkaitan nasab ni di ubah2 hanya untuk memastikan masa depan kelahiran tu….sedangkan hukum Allah tidak boleh diubah sesuka hati mengikut keadaan atau kepentingan….Majlis Fatwa Kebangsaan pasti berpegang teguh kepada hukum yang termaktub dalam Islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis….sesungguhnya sesuatu fatwa itu bukan boleh dibuat sesuka hati…..kalau nak di’bin’kan atau dinasabkan kelahiran yang kurang dari 6 bulan dari tarikh pernikahan kepada bapanya, adakah kelahiran yang kurang dari 6 bulan itu termasuk kelahiran yang hanya 1 bulan dari tarkh pernikahan juga dibolehkan untuk dinasabkan kepada bapanya…? di khuatiri nanti umat islam akan jadi seperti orang kafir yang sememangnya biasa dengan keadaan seperti ini…. Janganlah nanti hal nasab ini akan menggalakkan kelahiran kurang dari 6 bulan yang kemudian dibenarkan untuk dinasabkan kepada bapanya hanya semata2 kerana memikirkan masa depan kelahiran tersebut tetapi dalam masa yang sama ia sebenarnya menggalakkan kelahiran luar nikah dan mengundang kemurkaan Allah semata2.
Saya setuju dgn pendapan ustaz,soalan sy cume satu,knapa 6 thn lepas,anak tidak sah taraf boleh di bin dn ber binti kn bapa nye,tp skarang tidak boleh,,sy xfaham sungguh…
suria..
http://drmaza.com/home/?p=488