Archive for February, 2012

Tadabbur Al-Quran Penawar Hati Mukmin

Tadabbur Al-Quran Penawar Hati Mukmin Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Jika anda membaca al-Quran, ke mana arah pemikiran anda terbang dan di manakah hati anda hinggap? Antara punca kita tidak mendapat hidayah al-Quran adalah akal dan hati yang tidak fokus kepada makna bacaan. Ada yang membaca hanya untuk mengejar matlamat mengkhatamkan saja. Ada [...]

Share on Facebook

Suntikan Kekuatan Iman Melalui Sifat Redha Kepada Allah

Suntikan Kekuatan Iman Melalui Sifat Redha Kepada Allah Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Suatu hari al-Imam Sufyan al-Thawri berdoa: “Ya Allah aku memohon keredaan-Mu.” Tiba-tiba Rabi’ah menegur beliau: “Apakah engkau tidak malu meminta reda-Nya sedangkan engkau sendiri belum reda kepada-Nya?” Lantas Sufyan menangis sambil mengucapkan lafaz istighfar berulang-ulang. Rabi’ah pernah ditanya oleh seorang [...]

Share on Facebook

Merindui Rasulullah SAW

Merindui Rasulullah SAW Setiap kali peringatan Maulidur Rasul, tiba-tiba hati kita sayu diramas rindu kepada baginda SAW. Emosi semakin memuncak mencari-cari kenangan terindah yang telah ditinggalkannya. Kalaulah kita dapat memiliki jiwa selembut Imam Malik Rahimahullah yang terus menerus mengajarkan kalimah-kalimah peninggalan kekasihnya Muhammad SAW, beliau membacakan hadis-hadis baginda SAW kepada murid-muridnya sambil menitiskan air mata [...]

Share on Facebook

Bencana Jika Abaikan Kehangatan Seksual

Bencana Jika Abaikan Kehangatan Seksual Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Seorang isteri yang normal dan sihat pasti mengharapkan suami pandai memuaskan nafsu syahwatnya, begitu pula suami. Betulkah kebahagiaan setiap pasangan bergantung kepada kualiti kepanasan di atas ranjang? Tentu saja ya! Kerana pemuasan nafsu syahwat melahirkan ketenangan jiwa bagi suami dan isteri. Ia adalah [...]

Share on Facebook

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya ”Ya Allah haramkanlah kulit, darah, daging dan tulangku daripada api neraka.” Demikianlah doa seorang hamba yang datang kepada Tuhannya membawa penyesalan. Maka tiada kegembiraan melebihi kegembiraan Allah Taala mendengar rintihan hamba-Nya itu. Dan tiada pandangan yang lebih bernilai daripada pandangan rahmat Allah SWT ke atasnya. Kekotoran dibalas dengan [...]

Share on Facebook

Zuhud Bukan Bermaksud Membenci Dunia

Zuhud Bukan Bermaksud Membenci Dunia Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Suatu hari Abdullah bin Abbas RA memakai pakaian yang paling indah dan mahal berharga 10.000 dirham. Beliau bermaksud mengadakan dialog dengan kaum Khawarij yang memberontak. Orang-orang Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengenepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, Fiqh dan Hadis. [...]

Share on Facebook

Kerana Cinta Segala Dikorbankan

Kerana Cinta Segala Dikorbankan Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis) Jika perasaan cinta telah menguasai diri kita, yang pahit terasa manis, kesusahan jadi kesenangan, kemiskinan dihadapi dengan keberanian, cabaran dilalui dengan gembira dan kekayaan pula dipertaruhkan demi mendapatkan keredaan sang kekasih. Harta, jiwa dan raga menjadi murah, semuanya dipersembahkan untuk satu kalimah cinta [...]

Share on Facebook

Isu Hari Kekasih : Mufti Perlis ingatkan Karpal

Mufti Perlis ingatkan Karpal KUALA LUMPUR 13 Feb. – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih. Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam. Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan [...]

Share on Facebook

Satu Detik Amat Berharga

Satu Detik Amat Berharga Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Duduk dua jam di depan televisyen tidak terasa jika dibandingkan duduk sebentar membaca dua muka surat Al-Quran. Bukan main berat rasanya hendak menghabiskan ayat-ayat yang tersekat-sekat dilidah. Jika datang waktu sembahyang tiba-tiba datang pula rancangan tv yang diminati. Pembaziran masa sering terjadi pada semua [...]

Share on Facebook

Menangislah Untuk Melembutkan Hati

Menangislah Untuk Melembutkan Hati Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila dia membaca ayat-ayat Allah, air matanya tak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh. Manakala Saidina Umar RA pula suka mengingatkan dirinya tentang hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook
Powered by WordPress | Designed by: buy backlinks | Thanks to webdesign berlin, House Plans and voucher codes