Archive for the ‘Rumah Tangga’ Category

Kasihku, hebatkah kualiti cintamu?

Kasihku, hebatkah kualiti cintamu? Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Perasaan cinta dan kasih sayang adalah hal semulajadi yang Allah SWT bekalkan pada hati setiap insan, baik lelaki atau wanita. Adalah bohong jika kita tidak memiliki perasaan cinta, nafsu dan syahwat ketika seseorang yang sangat istimewa hadir dalam hidup kita. Percaya atau tidak, ramai [...]

Share on Facebook

Berani hadapi lelaki ego

Berani hadapi lelaki ego Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Pernahkah anda mengenali seorang lelaki yang terlebih ’confident’, bergaya dan handsome dalam hidup anda? Entah kekasih atau sudah pun menjadi suami dalam hidup anda. Pada pandangan teman-teman, anda telah mendapat suatu keberuntungan, bagai bulan jatuh ke riba. Lelaki pujaan ramai itu memiliki ’pakej lengkap [...]

Share on Facebook

Isteri bukan orang gaji!!!

Isteri bukan orang gaji!!! Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Seawal pukul lima pagi, Zahara bangun dan terus mengerjakan pekerjaan rumah. Memasak untuk suami dan anak-anak, menyapu dan mengelap lantai, mencuci pakaian sambil menjaga dua orang anaknya yang belum bersekolah. Amin dan Aminah yang comel berumur tiga dan satu tahun. Tujuh orang anak mesti [...]

Share on Facebook

Menu Lengkap Cergaskan Zahir Batin

Menu Lengkap Cergaskan Zahir Batin Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Suami yang perlukan tenaga lebih ‘kuat’ disaran mengambil madu, manakala isteri yang mahukan keintiman dengan suami tetap mesra juga disaran mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat. Setiap hari kita dengar, baca dan lihat pelbagai jenama yang mengesyorkan produk bermutu untuk diamalkan pasangan suami [...]

Share on Facebook

Tips Romantik menjelang sahur

Tips Romantik menjelang sahur Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Tips untuk menyegarkan hubungan romantik bersama suami sering menjadi topik perbicaraan. Selain daripada keintiman seks yang diutamakan pasangan yang sihat, apakah rangsangan-rangsangan lain yang boleh mengabadikan cinta sepanjang hayat? Seks hanyalah salah satu elemen penting dari sebuah pakej cinta, manakala elemen-elemen lain jangan pula [...]

Share on Facebook

Bencana Jika Abaikan Kehangatan Seksual

Bencana Jika Abaikan Kehangatan Seksual Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Seorang isteri yang normal dan sihat pasti mengharapkan suami pandai memuaskan nafsu syahwatnya, begitu pula suami. Betulkah kebahagiaan setiap pasangan bergantung kepada kualiti kepanasan di atas ranjang? Tentu saja ya! Kerana pemuasan nafsu syahwat melahirkan ketenangan jiwa bagi suami dan isteri. Ia adalah [...]

Share on Facebook

Kerana Cinta Segala Dikorbankan

Kerana Cinta Segala Dikorbankan Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis) Jika perasaan cinta telah menguasai diri kita, yang pahit terasa manis, kesusahan jadi kesenangan, kemiskinan dihadapi dengan keberanian, cabaran dilalui dengan gembira dan kekayaan pula dipertaruhkan demi mendapatkan keredaan sang kekasih. Harta, jiwa dan raga menjadi murah, semuanya dipersembahkan untuk satu kalimah cinta [...]

Share on Facebook

Kasih Terhalang

Kasih Terhalang Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Tujuh hari setelah kematian emak. Aku, anak perempuan satu-satunya tak sanggup mengingati lagi detik-detik pahit tragedi kederhakaanku pada emak. Sungguh aku tak mampu bangkit dari kesedihan ini, yang kuingat hanyalah sebentuk gambar kenangan yang mengabadikan potret kasih sayang emak kepadaku. Gambar emak mendakap bayi berumur satu [...]

Share on Facebook

Strategi Panaskan Suami Yang Dingin

Strategi Panaskan Suami Yang Dingin Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis) Anda pasti risau melihat gelagat suami yang tiba-tiba jadi pendiam. Kalau sebelumnya dia seorang yang peramah, mudah didekati dan suka bergurau, mesti ada sesuatu yang tak kena! Isteri yang baik akan menyiasat perubahan yang berlaku pada sang suami. Diam itu tanda ada [...]

Share on Facebook

Kebebasan memudaratkan anak, kongkongan menjadikan mereka liar

Kebebasan memudaratkan anak, kongkongan menjadikan mereka liar Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Persepsi ibu bapa terhadap kaedah mendidik anak berbeza-beza. Ramai yang percaya didikan dalam bentuk kebebasan bertindak dan berfikir secara kreatif adalah sebaik-baik kaedah. Tetapi, ada yang kecundang akhirnya kerana kebebasan itu memakan diri sehingga anak-anak tidak boleh berdisiplin mengikut undang-undang. Contohnya, [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook
Powered by WordPress | Designed by: buy backlinks | Thanks to webdesign berlin, House Plans and voucher codes